Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan tidak yg mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. Kekasih merupakan insan yg dianggap penting dalam hidup kita. Kita perlukan pasangan sebagai teman hidup, teman ketika berdukacita dan teman untuk berkongsi segala-galanya.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yg Maha Pencinta tidak memilih sesiapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. Cinta-Nya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yg tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yg hanya cinta pada yg disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi di cintai malah di tingglkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yg Maha Pecipta mencintai hamba-hamba-Nya
Cinta seindah yg diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintai-Nya. Orang yg benar-benar mencintai Allah sangup berbuat apa sahaja kerana-Nya. Kalau terhadap orang yg dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah di tengah malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah ( melawan kehendak nafsu ) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yg kasihnya lebih utama.
Tanda cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah dia beriman kepada Allah, bertaqwa berkorban untuk-nya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama, melakukan ibadah yg fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim
" Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg sabar "
Surah Ali-Imran ( ayat : 146 )
" Dan Allah mencintai orang-orang yg berbuat kebajikan "
Surah Ali-Imran ( ayat : 134 )
"Sesunggunya Allah menyukai orang yg bertaubat dan mencintai orang-orang yg mensucikan diri "
Surah Al-Baqarah ( ayat : 222 )
Untungnya Orang bercinta.
Beruntunglah orang yg bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayang-Nya. Istimewanya orang yg bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cinta-Nya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yg mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yg mendapat kecintaan daripada Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi, di akhirat Allah akan berikan kebahagian yg abadi. Begitulah istimewanya orang yg bercinta dengan Tuhan yang Maha Pecinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah dengan-Nya, Tuhan yg Maha Pecinta itu dengan rucahan cinta agung, pasti akan mendapat balasan cinta yg istimewa dari-Nya. Usahkan di akhirat, di dunia lg terasa di hati balasan cinta-Nya.
0 komentar:
Posting Komentar