Kamis, 22 Agustus 2013

★ Sebuah pesan Untuk Hawa ★


● Wahai Hawa….
◆ Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam
itu ?
◆ Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya ?
◆ kenapa..masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya ?

★ Wahai Hawa….
Sadarlah..Tanga
n yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Shaleh dan Shalehah, kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia

●● Tapi hawa..
◆ Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan
lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
◆ Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan
kehadiranmu.

●● Jangan Hawa …
◆ Jangan sesekali coba menarik perhatian kaum Adam yang
bukan Suamimu..
kerana aku khawatir ia mengundang kemurkaan dan
kebencian ALLAH.

★ BAHAYA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
Alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan
kaum Adam.

★Hawa,..
◆ Andai engkau masih remaja..
Jadilah anak yang Shalehah Buat kedua ibu bapakmu,
◆ Andai engkau sudah bersuami..
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
◆ Andai engkau seorang ibu..
Didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-
din ALLAH.

★ Hawa,..
◆ Andai engkau belum menikah,
Jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji Rabb kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.

◆◆ Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

★ Wahai Hawa…
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki
yang bukan muhrim kerana aku khawatir dari mata turun ke
hati,
dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung
kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu
kejahatan yang menguasai diri.

★ Hawa …
◆ Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
◆ Lelaki yang Shaleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannya,
◆ Lelaki yang Wara’ tidak menilai wanita melalui
keayuaannya kemanjaannya serta kemampuannya
menggoncang iman mereka.

★ Tetapi hawa …
◆ Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dirinya…
◆ Lelaki yang Shaleh tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya
Kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk
mengodanya.
◆ Lelaki yang Baik’ juga tak mau bermain cinta sebabnya dia
tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan
wanita yakni perkawinan.

●● Oleh itu Hawa …
◆ Jagalah pandanganmu,
◆ Jagalah pakaianmu,
◆ Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu…
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
◆ Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan
memenuhi jiwamu,
◆ Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
◆ Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang
akan
membahagiakan dirimu.

★ Hawa …
Cintailah ALLAH..
Dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapakmu, kerana kau akan perolehi
keridhaan ALLAH. TA'ALAA
♥Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta
keluarga.

★ Hawa …
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang
buaian ini dapat menggoncang dunia dalam menggapai
keridhaan ILAHI.
● Jangan sesekali..tangan ini juga yang menggoncang
keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan
aku benci mendengarnya.

(¯`v´¯) Amiin yaa Robbal'alamiin.

0 komentar:

Posting Komentar