Yazid Arraqqasyi dari Anas
bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi
s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi
s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan
basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu
pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di
atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w.
bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk
orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara
bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh
pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan
kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan
sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali
untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Kamis, 04 April 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar