Dalam berkawan takde istilah memilih.
Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan
adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka
kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh
cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti
perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda,
miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang
dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah
cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai –
pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk
direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai.
Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan
pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus
bersama kita.
Sekarang
memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang
faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala
irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka
menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada
tempatnya.
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia,
mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan
sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika
dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma
kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang
diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah
dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya,
sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal
peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam
setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia
boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk
berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk
menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses
itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan
kesabaran.
.
Memilih Untuk Menolak
Kuasa memilih memang
ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan
perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah
alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat.
Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus
kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main
dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si
dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh –
hegeh.
0 komentar:
Posting Komentar