Bunyi macam pelik bukan.. Apa kaitan wanita dengan air? Sebenarnya,
sifat-sifat air banyak terdapat dalam diri wanita.. Sebagai contoh,
walaupun air itu lembut, ia tetap dapat menghancurkan seketul batu
walaupun mengambil masa yang lama..
Ini terbukti begitu kuatnya pengaruh wanita sehingga salah seorang
maharaja china boleh kehilangan takhtanya disebabkan mereka.. Hanya
kerana wanita juga, Taj Mahal yg menjadi salah 1 dari 7 keajaiban dunia
gah terbina.. Tanpa air, manusia tidak dapat meneruskan hidup lebih dari
3 hari..
Begitu
juga lelaki, tanpa wanita yang menjadi pemangkin semangat masakan
mereka dapat mendaki hingga ke puncak kejayaan.. 70peratus permukaan
bumi yg kita duduki ini terdiri dari air.. Betul bukan?
Tidakkah
ianya menepati keadaan sekarang di mana wanita lebih ramai menghuni
permukaan bumi ini berbanding lelaki.. Bagaimana pula dengan perubahan
molekul air? Bila dipanaskan, ianya akan brtukar menjadi wap, dan bila
ia disejukkan, ianya bertukar menjadi ais.. Ini menunjukkan sifat air
itu tidak stabil..
Dalam
erti kata lain, emosi wanita sukar untuk dikawal.. Sukar untuk
menjangka tindakan yg bakal dilakukan wanita bila emosi menguasai diri..
Walau apa pun, lelaki tetap memerlukan seorang wanita untuk berkongsi
suka duka, kejayaan, kekecewaan, cinta dan sayang sebagaimana pentingnya
air kepada manusia.
Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)
Jadilah seperti air, sejuk dan menyembuhkan. Dalam kelembutan ada kekuatan, mampu melekukkan kerasnya batu, mampu merintangi laluan yang berliku, dari hulu ke hilir mengalir tanpa lesu… Bersifatlah seperti air yang juga mengikut bentuk walau di mana ia berada, sentiasa dapat menyesuaikan diri dalam apa keadaan, panasnya menjadi seruap wap sejuknya menjadi sekeras ais.









0 komentar:
Posting Komentar